My Life...is it?

Alam yang luas, membuat aku ingin cuba berkata-kata tentang macam-macam, dari sudut pandangan hamba yang kerdil.





Dan aku mulakan dengan Assalamualaikum [peace be upon you]...

Saturday, September 05, 2009

Makanan terhidang

Bulan puasa ialah bulan melatih nafsu.

Sehari melawan nafsu. Tak bagi peluang nafsu, antaranya nafsu makan untuk mengawal diri kita. For the first time in a year, we are in control of ourselves.

Tapi..

Baru je nafsu tu merajuk satu hari sebab tak dilayan, tiba waktu maghrib, nafsu tu dipujuk dan dilayan dengan nasik bertalam2. Apa kes?? Huhu. Tak terdidik la nafsu tu.

Aku pon tak lepaskan peluang gak la. Hehe. Nasik beriyani Pakcik Usop weh! Terkenal di Dublin.

Sementara ngadap talam tu, bawak2 le beringat. Nabi s.a.w kata, akan datang satu masa bilamana musuh2 Islam meratah umat Islam macam orang ngadap makanan. Cuba membayangkan macam mana. And tak susah nak bayangkan, sebab tengah praktikkan pon. Huhu.

So, sementara tengah makan tu, meh la sama2 pikir sedara2 kita yang tengah takde makanan nak makan, atau makan tak sesedap and selesa cam kita. So that kite beringat, jangan bile dapat makan tak sedap je nak komplen.

Tu baru cite nafsu makan.

Nafsu2 lain pon kene didik juga. Nafsu malas, nafsu nak tido, nafsu itu nafsu ini. Time syaitan tengah lemah ni, ni la masanya nak latih diri. So demi mengambil semangat bulan Ramadhan yang mulia ni, jangan la dipujuk nafsu yang merajuk tu. Layan ala kadar sudah.

Peringatan untuk diri sendiri

Wassalam.

p/s: Kenapa masih ade orang berfikiran perkauman sempit di abad ke-21 ni? Hmm. Manusia mungkin berubah peradaban dan budaya, tapi skripnya masih sama sejak dahulukala..

Friday, August 28, 2009

Selamat Datang..

Lama betul tak tulis apa2. Bila balik cuti, blog pon cuti jugak. Malas sebenarnya, heh.

Bulan Ramadhan memang bulan yang penuh rahmat. Baru kejap tadi, lepas solat Jumaat, ade sorang saudara baru dari Gambia dah sampai Malaysia sebulan yang lalu, mengucapkan kalimah syahadah depan beberapa orang ahli jemaah yang masih lepak2 di masjid. Semua dah pencen, takde keje la tu, abih aku? :P. Ustaz Badrul Amin yang lead.

Moga Allah tabahkan dan kuatkan imannya dan iman kita semua. Moga amalan kita di sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah in-syaAllah. Buat yang baru kawen, hati2 :P

Wassalam

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru



Ditujukan lagu ni kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika sampai la sekarang. Tak sure la cikgu2 sini boleh paham atau tak lagu ni, diorang tak tau and tak kesah pun pasal blog ni rasanya, heh.

Terima kasih kepada cikgu2 yang mengajar dan mendidik aku. Dengan izin Allah, atas didikan cikgu2 semua, dapat la saya sampai ke keadaan saya sekarang ini. Moga Allah membalas jasa kalian dengan pahala yang tak kunjung sudah (sudah semestinya in-syaAllah).

Oh ya, ucapan selamat hari guru juga ditujukan kepada kakak aku, yang juga seorang cikgu. Hehe.

Friday, May 08, 2009

Hidup yang seronok

Sedang mencari idea lagi apa yang patut aku tulis.

Cuma baru-baru ni terkenang pula zaman kanak2 dulu. Setiap kali cuti sekolah paling panjang bulan 12, mesti nak ajak parents pergi ziarah Ayah Nyah sekeluarga di Seberang Prai. Ataupun meminta izin daripada parents untuk meluangkan seminggu lebih di sana. Sebab? Ayah Nyah akan bawak aku ke Pesta Pulau Pinang. Walaupun aku tak ingat berapa kali aku pernah ke pesta tu. Yang penting harapan untuk ke pesta itu mesti ada.

Seronok ke Pesta Pulau Pinang. Kalau tengok pesta itu sekarang, kalau ada lagi, pasti takkan teruja lagi dah. Tapi sebab masa tu masih kanak2, pastinya seronok ke tempat begitu. Sebenarnya, bila difikir kembali apa yang seronoknya, ialah dapat meluangkan masa bersama parents dan keluarga. Bukannya pesta itu yang menyeronokkan sangat. Di pesta itu, seronok bermain macam2 hiburan yang disediakan. Bumper car, roller coaster, cawan pusing, ferris wheel(yang macam Eye On Malaysia tu, ferris wheel la namanya kan?) dan macam2 lagi. Seolah-olah, tak mahu pulang ke rumah, nak tinggal di situ saja terus. Boleh main tiap2 hari, tiap2 masa. Sampai terleka masa, terlupa hakikat akan diajak oleh parents untuk pulang. Baru perasan, laa kene balik dah rupenya.

Dah pulang, tapi masih cuti. Masih berleka-leka. Lagi 3-4 hari nak mula sekolah, baru teringat kerja sekolah yang diberi cikgu masih belum diselesaikan, kasut masih belum dibasuh dan dikapur. Masa tu baru gopoh dan gelabah untuk selesaikan semua perkara.

Mujur sempat selesaikan. Tapi kualiti tak seberapa la. Di hari pertama sekolah, mana2 yang dah selesaikan tugas, akan hadir dengan senang hati, gembira berjumpa kembali dengan kawan2. Bertukar-tukar cerita. Mana2 yang tak selesai kerja, akan cemas, cuak dan mula mohon pinjam tugasan kawan sebelah. Mujur cikgu tak minta untuk diserahkan tugasan pada hari pertama sekolah.

Begitulah kehidupan di dunia.

Hanya persinggahan. Tapi dihiasi dengan seronok dan indah semata2.

Hingga ada manusia yang lupa yang suatu hari akan diajak pulang. Bahawa ade realiti yang lebih benar dan penting. Ade tugasan yang masih perlu diselesaikan.

Gembiralah siapa2 yang dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Diizinkan bertemu rakan2 lama, bertukar2 cerita. Cuak dan cemaslah siapa2 yang tak melaksanakan tugas sebaik dan sedaya mampu.

Begitulah realitinya.

Hidup di dunia.

p/s: Tahniah kepada sahabat2 yang dah lulus dalam peperiksaan akhir. Dah jadi doktor dah kalian. Doakan aku boleh berjaya macam kalian juga. Dan mohon agar Allah kurniakan kekuatan untuk kami yang masih bergelar student ni.

Kembali..

Sebelum mula menulis lebih lanjut, izinkan aku minta maaf kepada sapa2 yang selalu datang blog ni yang semakin hari semakin bersawang dan dinaiki lalang setelah ditinggalkan hampir 5 bulan. Mungkin sangkaan aku saje, ada orang datang jenguk blog ni, Kemungkinan besar takde pun yang ziarah dan baca. Tak kisahlah.

Sebenarnya merasa "terpukul" juga dengan satu blog yang penah aku baca baru-baru ni, yang menegur mereka2 yang tak manfaatkan blog yang dibina untuk manfaat umum. Tak ingat pula blog mana. Itu yang nak cuba2 mula balik tulis di blog. In-syaAllah akan cuba untuk tulis selagi mana urusan akademik dan masa mengizinkan. Selagi mana ALlah mengizinkan. Harapnya bermanfaat untuk umum, umumnya dan untuk aku khususnya.

Since dah lama tak menulis, aku tak cadang untuk tulis yang berat2(Macam la penah tulis berat2 pun, heh :P). Politik? Mungkin aku takkan tulis apa2 pasal politik, sebab membaca dan menafsir politik bukan kemahiran aku. Aku serahkan kepada yang lebih mahir. Tapi tak bermakna aku takkan komen sikit2 apa2 yang aku rasa wajar, berpandukan apa yang aku baca, be it from mass media atau mana2 sumber lain.

Nak tulis lagi panjang, tapi cukup la takat ni dulu. Kena bersiap ke kelas. In-syaAllah akan sambung bila balik nanti.

Wassalam

Saturday, December 20, 2008

Tak sempat2

1) Palestinian fighter killed, two citizens wounded in IOF missile shelling

Belum sehari gencatan senjata tamat, mereka(Israel laknat) dah tak sabar2 nak bunuh orang. Jangan salahkan orang2 Palestin jika mereka(orang2 Palestin) bertindak balas dengan cara yang sewajarnya mengikut situasi dan keadaan mereka di sana.

Tapi kenapa gencatan senjata ditamatkan? Adakah Hamas yang tamatkan? Atau Israel laknat yang tak memang tak layan pon perjanjian tu?

2) IJN

Kenapa mesti tangguhkan? Tolak terus la senang cite. Risau kalau2 diswastakan, orang2 kaya je yang bleh dapat rawatan. Jangan kata pakcik nih, aku pon tak setuju.

3) Teknologi robot

Harap2 bukan ni je la penilaian kita untuk kata kita dah maju and hampir capai wawasan. Harap2 tak lupe juga pembangunan jiwa manusia.

Tuesday, December 16, 2008

Betul ke?

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu baginya, dan dengan itu aku diperintahkan, dan aku adalah daripada golongan orang-orang muslim(berserah diri)"
Hmm..tepat ke janji bagai dilafaz? Ke cuma kata-kata yang keluar sebelum baca Al-Fatihah dalam solat, hanya kerana dah biasa menyebutnya sejak kecil?

Astaghfirullah.

Tuesday, November 11, 2008

SPM: 2001 dan 2008

Sedang baca notes tentang Schizophrenia, sambil2 la..

Minggu ni mula la pelajar2 form 5 untuk duduk mengadap kertas exam SPM. Teringat plak masa aku amik SPM dulu..

SPM 2001: Cuak sangat masa nak exam tu. Antara perkara yang tak dapat aku lupa masa SPM dulu ialah bila seorang kawan aku yang tempat duduknya di tengah2 dewan periksa, dengan yakinnya guna solar-powered calculator untuk satu paper yang melibatkan pengiraan (tak ingat paper apa, matematik, fizik atau kimia, tapi ade kira2 la). Hasilnya? Calculator dia takmau hidup. Member dah cuak dah. Mujurla invigilator bagi pinjam calculator kawan, hehe. Alhamdulillah all went very well.

SPM 2008: Hari ni adik aku plak, along with some of our cousins yang sebaya dengan dia, duduk mengadap SPM. Moga berjaya dapat keputusan yang dikejar, straight A's in-syaAllah. Moga2 Allah mudahkan urusan kalian, dilapangkan hati dan ditenangkan minda supaya dapat jawab dengan rasional and tak gopoh, dan semestinya supaya dapat beri jawapan yang sesuai dan tepat, in-syaAllah.

Semoga dikurniakan kejayaan, in-syaAllah!

Aku plak yang cuak.

Wassalam